Followers

C&P

0 comments
Terima kasih buat penulis bait indah ini...

Rahmat disebalik kesusahan buat seorang ibu mengandung..

Saat mengandung selalu muntah. Suami akan datang dari belakang dan gosok-gosok di belakang. Isteri sakit dan suami bertambah rasa kasihan kepada isteri. Memberi sentuhan. Sebenarnya kasih sayang itu membuat anak dalam perut juga bersama ibu dan ayahnya..

Wanita mengandung kadang-kadang tidak boleh tidur malam. Susah tidur malam. Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak dah lahir. 

Isteri kadang-kadang tak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad mood. Suami pujuk dengan picit-picit isteri. Suami berikan hadiah. Suami sentuh perut isterinya...isteri disediakan mental untuk melayan anak-anak nanti..

Paling syahdu dapat dukung or papah isteri bila dia tak larat or lepas bersalin untuk ke bilik atau ke mana-mana. Saling bermaafan. Masing-masing banyak berdoa dan berzikir.

Semua orang akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana anak-anak dalam perut itu memerlukan kasih sayang. 

Hebat wanita. Biasanya semua orang tak suka jika ada benda membebankannya. Tetapi ibu senyum, ketawa bila anak sepak perutnya. Rasa ada pergerakan dalam perut satu nikmat buatnya. Ibu jika terjatuh atau sakit yang dirisaukan ialah kandungannya. Yang ingin diselamatkan.Allah masukkan perasaan sayang dalam hatinya. Indahnya menyayangi melupakan segala kesakitan dan keperitan. Itulah cinta yang ikhlas. Bahagia...

Ramai suami benar-benar jatuh cinta bila isteri mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri bersalinkan anak. Melihat betapa sakit dan susahnya untuk mendapatkan seorang anak. 

Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai..mengandung 9 bulan. Kesakitan bersalin.

Wanita bersalin diampunkan semua dosanya. Uratnya yang putus. Kesusahan solat dan buat baik ketika mengandung dan saat menjaga anak-anak. Semuanya diperhati dan dinilai oleh Allah. Orang yang memudahkan mereka juga..

Mereka yang ada niat untuk mengandung dan belum ditakdirkan insyaAllah. Allah telah beri pahala mengikut niat yang baik.

Ya Allah mudahkanlah buat semua ibu yang mengandung dan bersalin. Ya Allah maafkanlah ibu kami yang sakit ketika bersalin buat kami. Ampunkan isteri kami dalam berkorban dan mati banyak kali demi kami. Ya Allah rahmatilah wanita yang ingin mengandung tapi belum ditakdirkan. Mudahkanlah buat mereka.
- Ebit lew

Tenangnya dalam jagaanMu

0 comments
Tenangnya rasa,
andai ada penjagaan Allah dalam hati.
Menjaga hati-hati kita
Yang turun naik imannya.

Rindunya aku pada rasa tenang itu
Yang dulunya
sentiasa hadir membunga dihati

Apabila isteri hamil

0 comments
"Apabila isteri hamil, jagai dia. Dia berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang sensitif. Bantu dia menjaga supaya hatinya sentiasa berada dalam keadaan suci, rohnya kuat dan ma'nawiyahnya terjaga. Itu semua begitu berpengaruh kepada perkembangan anak kita yang tersimpan dalam rahimnya."
(Petikan buku Bahagianya Merayakan Cinta, Salim A.Fillah)

Bagitu besarnya pengaruh suami pada seorang isteri. 
Lebih-lebih lagi ketika kehamilan. 
Malah lebih-lebih lagi jika itu kehamilannya yang pertama. 
Wahai isteri, dalam keadaan dan emosimu yang sensitif, alahanmu yang mengada-ngada. 

Hargailah suamimu yang banyak berkorban, yang banyak menahan, yang banyak menuruti. 
Beruntunglah!


Pemangkin yang terindah

0 comments
Jiwa yang lemah,
terasa teguh dengan semangatnya.

Jiwa yang sepi
mekar indah dengan budinya.

Jiwa yang ketandusan,
bangkit membugar dengan inspirasinya

Untuk semua itu, ada pengharapan yang tinggi dalam jiwa ini,
agar Tuhan terus menghadirkan dia dalam setiap saat  perjalanan hidupku.



Oh, I'am touched:)

1 comments
I feel blessed.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah
for what you have given to me


Thank  you for wonderful people around me
Who always keep remind me
on many good things

Thank you for many beautiful heart
Who's struggle to be the best Khalifah of Allah
in this beautiful world

Thank you for your endless support
I can feel the warm of ukuwwah
among us

and yes
you are part of my life
and you are the heart
who I want to bring and meet in Jannah
InshaAllah

Oh, I'am touch with this awesome environment of tarbiyyah!

and every time you say thank you.
There is "May Allah bless you!"
That word make me smile















Inspirasi sebuah ilham Sang Pena

0 comments
Akan ada masa rasa jemu menulis datang.
Terkadang, 
otak rasa tepu 
Tak tahu nak tulis apa.
Tipu kalau aku bilang tak pernah. 

Melihat di sisi-sisi
sember penuh inspirasi
penulis-penilis yang penuh kata menyentuh akal dan hati


Aku ingin terus berkongsi
dan mungkin dengan tulisan
ada yang dapat mententuh hati, menjentik akal dan minda
Moga Allah redha



"Apabila ilham datang dan semangat pun mengundang, maka pena penulis pun berlari pantas. Sehingga jika tidak berhati-hati, dek derasnya arus idea yang mengalir, dia mungkin terlupa berpaut pada dahan tanggungjawabnya sebagai seorang yang akan dipersoalkan Allah pada Hari Kiamat. Dia mungkin terlupa tujuannya, juga kesannya. Dia mungkin menganggap tulisannya hanya coretan pena, atau taipan di maya internet, lalu dia lupa ada pihak yang mungkin tercedera tanpa dosa atau tertekan tanpa kesalahan. 
"Wahai penulis apa yang engkau tulis atas lembaranmu, 
ia ditulis di sisi Tuhanmu! 
Maka ketika tanganmu mencatat di bumi, 
jiwamu hendaklah mendongak ke langit tinggi!."



"Jika ingin menjadi seorang penulis, pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis"                                                  (A. Samad Said) 

"Jika menulis itu hobi, ia mudah saat kita senang hati.  Jika menulis itu misi, kita kan bersedia berdarah-darah meniti jalannya"  
(Salim A Fillah)



"Menulis adalah suatu cara untuk bicara, 
suatu cara untuk berkata, 
suatu cara untuk menyapa, 
suatu cara untuk menyentuh seseorang yang lain entah dari mana. 
Cara itulah yang bermacam-macam dan di sanalah harga kreativitas ditimbang-timbang"
(Seno Gumira Ajidarma-Ketika Jurnalisme DIbungkam Sastra Harus Bicara)

The Past and Future of mine

0 comments
"The Past and Future"

The Past..
Somehow I miss those moments
With lovely friends and the environment
Miss them so badly
Love, laugh, smile, sad, stress, work, study, prog, etc
together we are
thanks memories for remind me all of these
If I could turn back the time...
No! Live must go on.
and I believe, lots of happiness and blessing in front of there

The Future
Hi to you
All in HIS planning
and the best Planner is Allah. 
It's stated. 
Yeah, moving forward!


-Let Allah be the author of my life story-
Ku anyam rindu menjadi hamparan, ....

Dia yang dinanti

0 comments
Alhamdulillah..
Allah telah meleraikan doa-doa kita semua.
Allahumma balighna Ramadhan.. Ya Allah, sampaikan kami pada bulan Ramadhan =)



Ramadhan kali ini,
aku tidak lagi di uia.
Rindu bertapak...
Hmm, tapi memang saya mahu ke uia. InshaAllah.
Rasa nak ke sana memanggil2..
Lagi2 ada sahabat yang memanggil2 aku untuk ke sana.
Banyak ingin di kisahkan dan ingin ku kisahkan
Ingin bertemu, kenangan silam masih bertaut.

Tapi, di mana pun kita berada untuk Ramadhan menjelma,
Aku tetap bahagia.
Bahagia dengan kedatangan tetamu yang dirindu.

Moga kita menjadi orang2 yang beruntung, tambahan di bulan Ramadhan ini.

Entri 5 hari lagi, sebelum kertas ke-3!

0 comments
Hari ini ingin bercerita tentang ujian memandangkan sy dlm fatrah imtihan di uia tika ini.


Bercakap mengenai ujian dan peperiksaan, teringat apa yg Imam Syafi'i sampaikan:
"Barangsiapa tidak mahu merasakan pahitnya belajar,
dia akan merasakan hinanya kebodohan sepanjang hidupnya."
"Jika kamu ingin mendapatkan dunia, dengan ilmu.
Jika kamu ingin mendapatkan akirat, dengan ilmu.
Jika kamu ingin mendapat kedua-duanya juga dengan ilmu."
Belajar
di dalamnya terselit tarbiyyah
Segala ilmu yang ada
Milik Dia segala-sagalanya

Bila berilmu
jangan merasakan diri kita superior
Malah jangan kita rasa hebat
Maka nikmat Tuhan yang manakan telah engkau dustakan?
Sedarlah sesungguhnya segalanya itu milik Allah
^_^


p/s:Counting the days. Somehow excited yet a little sad




Perbezaan itu satu yang unik!

0 comments
tersenyum sendiri
terkadang
perbezaan antara saya dan kamu
itu satu yang unik
I feel impress!

Perbezaan itu bukan satu penghalang
antara saya dan kamu
mungkin sahaja characteristics kita berbeza
Tapi kita menuju ke arah yang sama


satu sahabat yg sy syg,
dia beri gambar ini dan katanya:
"ku bahagia kau telah terlahir di dunia, 
dan kau di antara milyaran manusia
dan aku bisa dengan radar ku menemukanmu" - perahu kertas-

lihat, cara kita pegang kertas. berbeza. 
dan mungkin antara kita juga ada cas yang berbeza ^__^


saya rasa. saya suka!

Total Pageviews

top

title bar