Followers

REJAB yang istimewa

0 comments
Rasulullah SAW bersabda:
"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Dikatakan, "Allah menghias bulan-bulan itu dengan 4 bulan; Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Itulah bulan haram yang disebutkan dalam al-Quran(9:36)."

Dari Anas ra, dia berkata, 'Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Siapa berpuasa tiga hari(13,14 dan 15 haribulan) dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah sembilan ratus tahun."'



Ad-Dailami merawikan dari Abi Umamah dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
"Ada 5 malam, tidak akan tertolak; malam pertama bulan Rejab, malam Jumaat, malam nisfu syaaban(15 Syaaban),malam Aidilfitri dan malam Aidiadha."

p/s: ~sharing is caring~
memandangkan cuti sem dah bermula, sy nk share hasil bacaan saya dari buku Penenang Jiwa Imam al-Ghazali
terjemahan Mukhasafah al-Qulub

ORANG-ORANG YG DIDOAKAN MALAIKAT

0 comments
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang–orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.
4. Orang–orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).
5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
7. Orang–orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang–orang yang berinfak.
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Total Pageviews

top

title bar