Followers

ILmu Bermanfaat

0 comments
Kata Imam al-Ghazali ra, kita hendaklah mencari ilmu yang bermanfaat.
Ilmu yang bermanfaat ialah :
  • menambah takut dirimu kepada Allah SWT
  • menambah penglihatanmu tentang aibmu / kesalahan dirimu
  • menambah kema'rifatan dalam beribadah kepada Allah SWT
  • menyedikitkan kegemaranmu kepada dunia
  • menambah kegemaranmu kepada negeri akhirat
  • membuka pintu hatimu untuk mengenali penyakit amalanmu (perkara yang boleh merosakkan amalan) contoh : mengumpat, hasad dengki
  • menambah pengetahuanmu tentang tipu helah syaitan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Blogger Templates

Blogger Templates

Menara Jam Mekah

0 comments
2010/08/12 MAKKAH: Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing apabila jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara bangunan pencakar langit di Makkah.

Menara jam yang dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia itu akan menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich.

Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) yang digunakan sejak 126 tahun lalu. Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia. Waktu Greenwich dikuatkuasakan Barat pada 1884. Jam berkenaan akan mula berdetik pada 12 Ogos dalam minggu pertama Ramadan dan akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan.

Menara jam Makkah mempunyai empat permukaan seluas 46 meter yang dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi yang dilapik emas dan berdiri dengan ketinggian 400 meter di luar halaman Masjidil Haram.

~Masjidil Haram pada malam likur 29 Ramadhan~
Syarikat Premiere Composite yang ditugaskan menyiapkan binaan menara jam Makkah merangka pembinaannya dengan ketinggian 590 meter. Ketinggian itu membolehkan menara jam Makkah menjadi menara kedua tertinggi di dunia mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Pembinaan menara jam Makkah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.
from: iluvislam


Blogger Templates

Blogger Templates

Jalan Pulang

0 comments

"Saya nak yang terbaik di dunia dan juga di akhirat."
"Saya nak berjaya di dunia dan juga di akhirat."
Kita sering mendengar ungkapan seperti itu hampir di setiap bibir manusia.
Tapi, adakah ia hanya memadai dengan kata-kata tanpa ada usaha.
Hidup di dunia hanya sekali. Kenapa kita tak nak berusaha bersungguh-sungguh.
Tempahlah tiket VVIP untuk ke akhirat sana, kerana kebahagiaan dan kenikmatan menantimu.



Blogger Templates

Blogger Templates

Jangan ambil ringan tentang AURAT mu...

0 comments

Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka.

Aku belum pernah melihat mereka iaitu

1) golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang

digunakan untuk memukul orang dan

2) golongan yang terdiri daripada para wanita yang

~ berpakaian tetapi telanjang

menampakkan dada, jarang, ketat

~ berlenggang-lenggok ketika berjalan yg menarik perhatian org ketika melihat mereka.

~ Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget.

mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya.

Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971).

Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.

Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya,

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)





Blogger Templates

Blogger Templates

Total Pageviews

top

title bar