Wahai diri,
Perjuangan ini
masih belum tamat…
Semalam,
aku terima message.
Aku buka.
Innalillah… Perginya seorang lagi pakcikku
menemui Sang Pencipta
Tamat sudah
perjuangan di alam fana
Selamat
berlayar ke kehidupan yang kekal abadi.
Doaku, moga
tenang dan bahagia di sana
Ameen
Aku
termenung seketika…
Kemana arah
tuju hidupku
Kalau tidak
hanya kerana Allah
“Sesungguhnya
solatku,ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah.”
Bisikan
lancar dibibir ketika menghadapMu
Sedar atau
tidak,
terlalu
dalam ertinya
Bagi orang
yang benar-benar menghayati setiap bait-bait kata itu
Bila cinta
ada di dalam jiwa
Segala yang
di rasa hanyalah Dia
Terkadang
Diri ini
Lena dengan
hal duniawi
Wahai
Tuhan,
tuntunlah
diriku ini
terangilah hidupku
dengan sinarMu
KeampunanMu
yang kudamba
KeredaanMu
yang kucari
Kasih
sayangMu yang kutagih
PemeliharaanMu
yang keharapkan
p/s:doakan sy yg dlm fatrah final exam ^__^