SEPI
Di saat itu
Bila bersendirian
Kita sedar
Kita hanya
ada Tuhan
Adakalanya
Sepi itu
indah
Kerna ku
sedar
Dia sentiasa
ada untukku
Terkadang
Bergaul
dengan manusia
Ada yang
berkecil hati
Ada pula
yang tidak puas hati
Sepi itu
indah
Jika kita
menghayatinya
Ada titik ketenangan
Yang sukar
ditemui
Dikala
kesesakan hidup
menyelubungi
diri
derita
dihati
hanya
terubat
dengan
mendekati pencipta bahagia
Di waktu itu
Hanya aku
dan Tuhanku
Tempat meluah, mengadu
Segala perih
kehidupan
Saat itu
Tanpa
disedari
Mengalir air
mata
Ku sedar
hanya
Engkau
sahaja yang memahami
Sepi itu
Menyedarkan
aku
terkadang timbul keinsafan
dijiwa ini yang turun naik imannya
ku
tahu besarnya pengampunanMu
Ampuni aku yang sering berdosa