Followers

Engkau insan sempurna!

0 comments

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang

Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

Muslimah itu....

0 comments

Wanita solehah itu tidak memandang dan dipandang,
Ia "menyembunyikan" dirinya dari menjadi tatapan sang ajnabi
tiada dia berurusan dng para ajnabi kecuali
kepada perkara yang menjadi keperluan
atas dasar dakwah dan perjuangan.


Gurau senda dengan para ajnabi ditinggalkan jauh sekali,
dia lebih rela dianggap manusia sombong oleh para ajnabi
namun bermusuh dan bersifat kasar dgn para ajnabi bukan akhlaknya.


Bila pandangan dan pertolongannya diperlukan
ia tampil menghulurkan bantuan,
namun dalam suasana yang sangat terhijab dan jauh dari fitnah
Jika pernah tersilap langkah maka berundurlah,
moga wanita solehah itu, kita. Wallahualam..

pelik! Awak rasa pelik x?

2 comments
Biasa tak dengar word ni.. COUPLE

Kahwin awal orang anggap pelik.
Tapi kalau couple, orang anggap tak pelik.
Saya pun jadi pelik. Tulah dunia sekarang.
Pelik, pelik....memang pelik.

Berdua-duaan bagi yg bercouple,
adalah perkara biasa kononnya.
Tapi tau tak, itu adalah khalwat!

Berpegangan tangan, bertepuk tampar,
Kononnya mengeratkan lagi hubungan
Tapi tau tak,
"sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi lebih baik daripada menyentuh kaum bukan sejenis yang tidak halal baginya"
[Riwayat at-Tabrani dan Baihaqi]


Yang halal dianggap janggal,
Yang haram dianggap perkara biasa.

Cuba kita renungkan hadis di bawah ni.
Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

Carilah jalan yang mendatangkan keredhaan Allah
Bukan mencari jalan yang mendatangkan keredhaan manusia tetapi sebenarnya mendatangkan kemurkaan Allah..
Bagi wanita, jagalah diri anda kerana sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah.

Krisis di Mesir.. Pedulikah kita?

0 comments

Keadaan di Mesir semakin meruncing.
Pray for brothers and sisters in Islam there. May Allah always protect and save them!

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Blogger Templates

Blogger Templates

AKU INGIN MENCINTAIMU

2 comments

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri padahal diriku
terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapanMU

aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu
denganMU ya Rabbi


Blogger Templates

Blogger Templates

Masih ingat tak lima perkara itu?

0 comments

Sihat sebelum sakit
Time sihat ni la kita kena banyakkan buat kebajikan dan ibadat kepada Allah SWT. Allah dah kurniakan kita kudrat dan nikmat yang banyak sekali kepada kita. Apa salahnya semasa kita masih sihat walafiat ni, bangun bertahajud, perbanyakkan solat sunat (wajib jangan ditinggalkan), merantau untuk mencari ilmu bertaubat kepadaNya dan sebaginya.

Muda sebelum tua
Masa muda lah masa yang paling best sekali, kan! Masa muda lah macam-macam dugaan yang datang.
Orang selalu cakap “dah tua nanti, barulah buat banyak2 kebajikan, masa muda ni kita enjoy la, hidup hanya sekali”.
Cuba kita fikir balik, dah tua nanti larat ke nak buat banyak2 amal kebajikan dan beribadah kepada Allah sebanyak mungkin. Kalu dah tu, mula la sakit pinggang, menggigil-gigil, sesak nafas, tak larat itu, tak larat ini..haish,, macam-macamlah..

Lapang sebelum sempit
Kalau banyak waktu lapang tu, tolonglah jangan melepak tak tentu pasal, berangan-rangan dan mengacau orang. Hidup kita ni ada tujuan. Nanti Allah akan soal setiap perkara yang kita lakukan.. Buatlah amal kebajikan dan ibadah sementara di beri waktu yang lapang itu sebelum anda buzy dgn perkara lain..

Kaya sebelum miskin
Best kan jadi kaya! Bila dah jadi kaya, jangan lupa diri pula. Hidup sebagai seorang yang kaya dan miskin ini adalah ujian Allah. Allah nak uji siapa hambaNya yang bersyukur dengan nikmat yang biberi dan siapa hambaNya yang sabar dengan ujian yang diberi.

Hidup sebelum mati
Sementara Allah masih memberi waktu untuk kita bernafas, buatlah amal ma'ruf nahi mungkar. Mati itu pasti, hidup itu insyaallah. Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya.

Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingati
namaNya sebanyak banyakknya.
(al-Ahzab:41)

Blogger Templates

Blogger Templates

Salam Tahun Baru 1432Hijrah

0 comments
WISH YOU A BLESSED ISLAMIC NEW YEAR
HIJRAH IS A JOURNEY OF OUR IMAN...


Blogger Templates

Blogger Templates

Waktu2 yg paling utama

0 comments

Ada ulama yang menjelaskan waktu-waktu yang paling utama, seperti yang berikut:

1) Raja segala waktu adalah sepertiga malam yang terakhir.
Maka penuhilah ia dengan beribadah kepada Allah SWT (Qiyamullail, baca Quran, mohon keampunan, istighfar, berdoa dan berzikir)

2) Raja segala hari adalah Hari Jumaat.
Pada hari itu, disunatkan banyak membaca al-Quran, membersihkan diri dan sebagainya.

3) Raja segala bulan ialah bulan Ramadhan.
Ia perlu di isi dengan amal ibadah (berzikir, baca al-Quran, sedekah, solat terawikh, dll)

4) Raja segala tahun adalah 9 Zulhijjah iaitu Hari Arafah.
Hari itu elok di isi dengan berpuasa sunat (sebagia tanda ambil berat kaum muslimin berkenaan jemaah haji yang sedabg berwukuf di Padang Arafah)

5) Raja segala amal adalah semasa sedang lapar.
Ini adalah ibarat orang yang tertindas, hingga doanya makbul

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta Alam"
(al-An'am:162)




Blogger Templates

Blogger Templates

slamt Hari Raya Aidiladha

0 comments




Selamat Hari Raya Aidiladha..
Banyakkan pengorbanan kita untuk Allah dan agama Islam...
InsyaAllah

Total Pageviews

top

title bar