Followers

WANITA ~ AKAL SENIPIS RAMBUTNYA ~

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa...

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat Yang Kekal
Di situlah punca kekuatan dunia...

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu...
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak...

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Meraka akan lihat nilaian dan keadilan Rab
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiaannya
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak...mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal penciptanya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara
Lelaki pula janganlah mengaharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan...

0 comments:

Total Pageviews

top

title bar