Followers

Masih ingat tak lima perkara itu?

0 comments

Sihat sebelum sakit
Time sihat ni la kita kena banyakkan buat kebajikan dan ibadat kepada Allah SWT. Allah dah kurniakan kita kudrat dan nikmat yang banyak sekali kepada kita. Apa salahnya semasa kita masih sihat walafiat ni, bangun bertahajud, perbanyakkan solat sunat (wajib jangan ditinggalkan), merantau untuk mencari ilmu bertaubat kepadaNya dan sebaginya.

Muda sebelum tua
Masa muda lah masa yang paling best sekali, kan! Masa muda lah macam-macam dugaan yang datang.
Orang selalu cakap “dah tua nanti, barulah buat banyak2 kebajikan, masa muda ni kita enjoy la, hidup hanya sekali”.
Cuba kita fikir balik, dah tua nanti larat ke nak buat banyak2 amal kebajikan dan beribadah kepada Allah sebanyak mungkin. Kalu dah tu, mula la sakit pinggang, menggigil-gigil, sesak nafas, tak larat itu, tak larat ini..haish,, macam-macamlah..

Lapang sebelum sempit
Kalau banyak waktu lapang tu, tolonglah jangan melepak tak tentu pasal, berangan-rangan dan mengacau orang. Hidup kita ni ada tujuan. Nanti Allah akan soal setiap perkara yang kita lakukan.. Buatlah amal kebajikan dan ibadah sementara di beri waktu yang lapang itu sebelum anda buzy dgn perkara lain..

Kaya sebelum miskin
Best kan jadi kaya! Bila dah jadi kaya, jangan lupa diri pula. Hidup sebagai seorang yang kaya dan miskin ini adalah ujian Allah. Allah nak uji siapa hambaNya yang bersyukur dengan nikmat yang biberi dan siapa hambaNya yang sabar dengan ujian yang diberi.

Hidup sebelum mati
Sementara Allah masih memberi waktu untuk kita bernafas, buatlah amal ma'ruf nahi mungkar. Mati itu pasti, hidup itu insyaallah. Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya.

Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingati
namaNya sebanyak banyakknya.
(al-Ahzab:41)

Blogger Templates

Blogger Templates

Salam Tahun Baru 1432Hijrah

0 comments
WISH YOU A BLESSED ISLAMIC NEW YEAR
HIJRAH IS A JOURNEY OF OUR IMAN...


Blogger Templates

Blogger Templates

Waktu2 yg paling utama

0 comments

Ada ulama yang menjelaskan waktu-waktu yang paling utama, seperti yang berikut:

1) Raja segala waktu adalah sepertiga malam yang terakhir.
Maka penuhilah ia dengan beribadah kepada Allah SWT (Qiyamullail, baca Quran, mohon keampunan, istighfar, berdoa dan berzikir)

2) Raja segala hari adalah Hari Jumaat.
Pada hari itu, disunatkan banyak membaca al-Quran, membersihkan diri dan sebagainya.

3) Raja segala bulan ialah bulan Ramadhan.
Ia perlu di isi dengan amal ibadah (berzikir, baca al-Quran, sedekah, solat terawikh, dll)

4) Raja segala tahun adalah 9 Zulhijjah iaitu Hari Arafah.
Hari itu elok di isi dengan berpuasa sunat (sebagia tanda ambil berat kaum muslimin berkenaan jemaah haji yang sedabg berwukuf di Padang Arafah)

5) Raja segala amal adalah semasa sedang lapar.
Ini adalah ibarat orang yang tertindas, hingga doanya makbul

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta Alam"
(al-An'am:162)




Blogger Templates

Blogger Templates

slamt Hari Raya Aidiladha

0 comments




Selamat Hari Raya Aidiladha..
Banyakkan pengorbanan kita untuk Allah dan agama Islam...
InsyaAllah

ILmu Bermanfaat

0 comments
Kata Imam al-Ghazali ra, kita hendaklah mencari ilmu yang bermanfaat.
Ilmu yang bermanfaat ialah :
  • menambah takut dirimu kepada Allah SWT
  • menambah penglihatanmu tentang aibmu / kesalahan dirimu
  • menambah kema'rifatan dalam beribadah kepada Allah SWT
  • menyedikitkan kegemaranmu kepada dunia
  • menambah kegemaranmu kepada negeri akhirat
  • membuka pintu hatimu untuk mengenali penyakit amalanmu (perkara yang boleh merosakkan amalan) contoh : mengumpat, hasad dengki
  • menambah pengetahuanmu tentang tipu helah syaitan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Blogger Templates

Blogger Templates

Menara Jam Mekah

0 comments
2010/08/12 MAKKAH: Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing apabila jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara bangunan pencakar langit di Makkah.

Menara jam yang dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia itu akan menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich.

Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) yang digunakan sejak 126 tahun lalu. Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia. Waktu Greenwich dikuatkuasakan Barat pada 1884. Jam berkenaan akan mula berdetik pada 12 Ogos dalam minggu pertama Ramadan dan akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan.

Menara jam Makkah mempunyai empat permukaan seluas 46 meter yang dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi yang dilapik emas dan berdiri dengan ketinggian 400 meter di luar halaman Masjidil Haram.

~Masjidil Haram pada malam likur 29 Ramadhan~
Syarikat Premiere Composite yang ditugaskan menyiapkan binaan menara jam Makkah merangka pembinaannya dengan ketinggian 590 meter. Ketinggian itu membolehkan menara jam Makkah menjadi menara kedua tertinggi di dunia mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Pembinaan menara jam Makkah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.
from: iluvislam


Blogger Templates

Blogger Templates

Jalan Pulang

0 comments

"Saya nak yang terbaik di dunia dan juga di akhirat."
"Saya nak berjaya di dunia dan juga di akhirat."
Kita sering mendengar ungkapan seperti itu hampir di setiap bibir manusia.
Tapi, adakah ia hanya memadai dengan kata-kata tanpa ada usaha.
Hidup di dunia hanya sekali. Kenapa kita tak nak berusaha bersungguh-sungguh.
Tempahlah tiket VVIP untuk ke akhirat sana, kerana kebahagiaan dan kenikmatan menantimu.



Blogger Templates

Blogger Templates

Jangan ambil ringan tentang AURAT mu...

0 comments

Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka.

Aku belum pernah melihat mereka iaitu

1) golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang

digunakan untuk memukul orang dan

2) golongan yang terdiri daripada para wanita yang

~ berpakaian tetapi telanjang

menampakkan dada, jarang, ketat

~ berlenggang-lenggok ketika berjalan yg menarik perhatian org ketika melihat mereka.

~ Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget.

mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya.

Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971).

Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.

Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya,

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)





Blogger Templates

Blogger Templates

Ibn Qayyum: 10 things that bring about the love of Allah

0 comments

Tiada cinta yang lebih agung daripada cinta kepada Allah dan rasulnya.
Cinta yang tak pernah layu...
Cinta yang tidak hanya bertepuk sebelah tangan...
KETAHUILAH !!
kita sebenarnya lebih memerlukan cinta Allah dan Rasulnya
lebih daripada cinta-cinta yang lain


Blogger Templates

Blogger Templates

1000bulan = 83tahun? مشاءالله

0 comments
Awalnya RAHMAH رحمة
Pertengahannya MAGHRIFAH مغرفة
Akhirnya PERLEPASAN DARI NERAKA

Bulan Ramadhan sudah menghampiri penghujungnya.
Marilah kita sama-sama untuk mencari malam Lailatu Qadar,
dimana malam ini lebih baik daripada 1000 bulan.
Bayangkan... 1000 bulan = 83 tahun 3 bulan
Tak nak ke kita merebut pahala yang besar pada malam ini,
dengan hanya berusaha mencarinya pada 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan???

Kita hidup di dunia ini bukannya lama sangat....
entah sampai, entah tidak kita untuk mencecah umur 83 tahun...
Allah dah banyak bagi keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad SAW jika nak di bandingkan dengan umat-umat Nabi dan rasul terdahulu.

Antara keistemawaan umat Nabi Muhammad, salah satunya adalah malam Lailatu Qadar ni la.
Umur umat Nabi Muhammad ni, pendek-pendek je....
tak macam umat-umat nabi dan rasul terdahulu..
Umur mereka panjang panjang..

So, dengan cara inilah kita boleh memperbanyakkan bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak.

~SELAMAT BERUSAHA MENCARI
MALAM LAILATUL QADAR~




Blogger Templates

Blogger Templates

Ada apa dgn 17 Ramadhan?

0 comments

NUZUL QURAN

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Al-Quran mengandungi 114 surah dan 30 juzuk.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Perkataan
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Tapi sayangnya, manusia sekarang HANYA MEMBACA Quran!
Kita seharusnya merenung, mengkaji, meghayati dan menjiwai setiap ayat di dalam Quran.
اشاءالله, ia akan menjadi pembimbing dalam kenidupan kita.


READ AL QURAN.

UNDERSTAND AL QURAN.

LIVE OUR LIVES BY LOOKING THROUGH AL QURAN



Blogger Templates

Blogger Templates

Ramadhan~Preparations?

4 comments
Ramadhan...ku merinduimu!
Ramadhan adalah satu bulan yang dimana Allah telah memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda..(spt mega sale!)
Tapi sudah bersediakah kita untuk merebut peluang yang hanya datang sekali dalam setahun ini? Entah tahun depan kita menemui bulan Ramadhan ini atau tidak...
itupun kalau Allah memberi keizinan untuk kita terus hidup di dunia yang fana ini.
Persediaan? bagaimana ye?

1) persediaan psycological
maksudnya, setkan dalam minda anda kepada perubahan +positive+

2) 'Stay awake' selepas Solat Subuh
Memang kita tidak digalakkan untuk tidur selepas waktu Subuh..
Lagi-lagi kalau kita tidur selepas Subuh pada bulan Ramadhan, badan kita akan terasa lemah sepanjang hari.


3) Berpuasa dgn bersungguh-sungguh
maksud bersungguh-sungguh di sini ialah, kita sedaya upaya untuk menjaga penglihatan, pendenganran,
percakapan dan perbuatan yang tidak elok dan boleh mengurangkan pahala puasa kita...


4) Perbanyakkan bertadarus al-Quran(khatamkan Quran 30 juzuk), berzikir. solat Tahajjud(Qiyamullail).

5) beriktikaf
kita juga digalakkan untuk beriktikaf di dalam masjid. Minimum iktikaf adalah selama 1 hari 1 malam.
Bagi pelajar UIA terutamanya, jom beriktikaf di masjid SHAS, UIA!
Selamat+meriah+suasana Ramadhan yg syahdu+unity in islam over the world dan macam-macamlah...bestnya!

Alhamdulillah, sekadar ini sahaja yang oleh saya kongsikan..
p/s : ~SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL--MUBARAK~ terutamanya kepada mak ayah saya, keluarga, sahabat2 dan yang mengenali diri ini...

Blogger Templates

Blogger Templates

Umur yang kian meningkat

2 comments

Usia yang Allah kurniakan ini,
Hiasilah ia dengan amalan yang murni,
Semoga ia menjadi temanmu di akhiart yang kekal abadi...
MAY ALLAH BLESS YOU.

REJAB yang istimewa

0 comments
Rasulullah SAW bersabda:
"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Dikatakan, "Allah menghias bulan-bulan itu dengan 4 bulan; Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Itulah bulan haram yang disebutkan dalam al-Quran(9:36)."

Dari Anas ra, dia berkata, 'Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Siapa berpuasa tiga hari(13,14 dan 15 haribulan) dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah sembilan ratus tahun."'



Ad-Dailami merawikan dari Abi Umamah dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
"Ada 5 malam, tidak akan tertolak; malam pertama bulan Rejab, malam Jumaat, malam nisfu syaaban(15 Syaaban),malam Aidilfitri dan malam Aidiadha."

p/s: ~sharing is caring~
memandangkan cuti sem dah bermula, sy nk share hasil bacaan saya dari buku Penenang Jiwa Imam al-Ghazali
terjemahan Mukhasafah al-Qulub

ORANG-ORANG YG DIDOAKAN MALAIKAT

0 comments
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang–orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.
4. Orang–orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).
5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
7. Orang–orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang–orang yang berinfak.
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Kelebihan Mathurat

0 comments
Kelebihan Mathurat Berdasarkan Hadith
• Al Fatihah
Sabda Nabi saw
"Demi Allah yang nyawaku di tangannya belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat , Injil Zabur & Furqan yang menandinginya. Dialah tujuh Mathani dan Al Quran yg agung yang diberikan kepadaku."
• 5 Ayat Pertama Al Baqarah
"Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah Al Baqarah di awal siang nescaya ia tidak akan didekati oleh syaitan sampai petang. Jika dibaca nya waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarga dan hartanya" - Ad Darimi & Al baihaqi.
“Sesiapa yg membaca 10 ayat surah al baqarah, ayat kursi, dua ayat selepasnya , ayat hujung surah al baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk ke dalam rumahnya sampai pagi” –Al Hakim
• Ayat Akhir Taubah
“Sesiapa yang membaca waktu pagi atau petang Hasbiallah…. 7X, nescaya Allah menguruskan segala kerungsingan tentang urusan dunia atau pun akhirat "-
• 110-111 Surah Al Isra’
" Sesiapa yang membaca di waktu pagi dan petang "qulidullah"….sampai akhir surah maka hatinya tidak akan mati pada siang hari itu atau malamnya ”
• Surah Al Mukminun 115-118
“Rasulullah membentuk satu pasukan dan mengarahkan mereka menuju ke satu tempat. Beliau memerintahkan kami bila menjelang malam atau siang membaca afahasibtum… sampai akhir surah. Kami pun membacanya(Berkat dari itu) kami mendapat harta rampasan dan selamat pulang."
• Surah Ghafir 1-3
“ Barangsiapa membaca Ha Mim…hingga ...Masir.. di waktu pagi maka dilindungi Allah dengan berkat bacaan sampai ke petang. Sesiapa yg membaca sebelah petang nescaya ia dilindungi sampai pagi”
• Akhir ayat surah Al Hasyar
“Sesiapa yg membaca penghujung surah Al hasyar di waktu malam atau siang kemudian ia meninggal dunia pada malam atau siang hari maka Allah memberi jaminan syurga untuknya’
• Al Zalzalah
“ Izazulzila… menyamai separuh Al quran “
• Al Kafirun
Qulya …menyamai seperempat Al quran
• An Nasru
Ia (an nasru) menyamai seperempat Quran
• Al Ikhlas
Abu Hurairah meriwayatkan satu hari aku berjalan bersama nabi saw, beliau terdengar orang membaca surah al ikhlas ..Nabi saw berkata “ wajib, wajib . Aku pun bertanya wajib apa hai rasulullah . Rasulullah berkata wajib mendapat syurga"

Ayat-ayat Cinta (al-Quran)

0 comments
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal shalih bahwa bagi mereka ada pahala yang besar." (QS al-Isra’ [17]: 9).

"Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan bahwa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf." (HR at-Tirmidzi).

Rasulullah saw. pernah bersabda (yang artinya):
"Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran karena orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci."
(HR ath-Thabrani).


* Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang
biasa membaca al-Quran.
* Al-Quran tentu tidak hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji. Justru yang paling
penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat
menyinari kehidupan manusia.
* Jadikan al-Quran itu penduan hidupmu.
Sinari hidupmu dengan alunan kalamullah.
InsyaAllah, hidupmu bahagia dunia akhirat. Amin...


Blogger Templates

Blogger Templates

oh Palestine!

0 comments
Diriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim sama seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

Dapatkan info-info terkini tentang saudara-saudara seislam kita di Palastin juga perkembangan mereka melalui laman web berikut.
http://palestinkini.info/
http://vivapalestina.org/
2 comments
mak aku pun dah pandai nak berblog pulak...

kasih & sayang

0 comments


kucing pun tahu apa itu kasih sayang. Ibu kucing akan cuba melindungi anak-anaknya daripada serangan luar yang boleh menyakiti anak-anak mereka...
Dewasa ini, banyak terjadinya pembuangan bayi yang sungguh menyayat hati. Siapa yang sanggup melakukan semua tu ha??? SIAPA?
Kenapa semua ini boleh terjadi??? KENAPA?
Tak rasa bersalah ke? tak rasa malu ke??
INGAT!!! Allah tahu segalanya..

"maka barang siapa menegerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat balasannya,
dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan melihat balasannya."
(99:7-8)

Total Pageviews

top

title bar