Followers

Ada apa dgn 17 Ramadhan?


NUZUL QURAN

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Al-Quran mengandungi 114 surah dan 30 juzuk.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Perkataan
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Tapi sayangnya, manusia sekarang HANYA MEMBACA Quran!
Kita seharusnya merenung, mengkaji, meghayati dan menjiwai setiap ayat di dalam Quran.
اشاءالله, ia akan menjadi pembimbing dalam kenidupan kita.


READ AL QURAN.

UNDERSTAND AL QURAN.

LIVE OUR LIVES BY LOOKING THROUGH AL QURAN



Blogger Templates

Blogger Templates

0 comments:

Total Pageviews

top

title bar