Followers

1000bulan = 83tahun? مشاءالله

0 comments
Awalnya RAHMAH رحمة
Pertengahannya MAGHRIFAH مغرفة
Akhirnya PERLEPASAN DARI NERAKA

Bulan Ramadhan sudah menghampiri penghujungnya.
Marilah kita sama-sama untuk mencari malam Lailatu Qadar,
dimana malam ini lebih baik daripada 1000 bulan.
Bayangkan... 1000 bulan = 83 tahun 3 bulan
Tak nak ke kita merebut pahala yang besar pada malam ini,
dengan hanya berusaha mencarinya pada 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan???

Kita hidup di dunia ini bukannya lama sangat....
entah sampai, entah tidak kita untuk mencecah umur 83 tahun...
Allah dah banyak bagi keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad SAW jika nak di bandingkan dengan umat-umat Nabi dan rasul terdahulu.

Antara keistemawaan umat Nabi Muhammad, salah satunya adalah malam Lailatu Qadar ni la.
Umur umat Nabi Muhammad ni, pendek-pendek je....
tak macam umat-umat nabi dan rasul terdahulu..
Umur mereka panjang panjang..

So, dengan cara inilah kita boleh memperbanyakkan bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak.

~SELAMAT BERUSAHA MENCARI
MALAM LAILATUL QADAR~




Blogger Templates

Blogger Templates

Ada apa dgn 17 Ramadhan?

0 comments

NUZUL QURAN

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Al-Quran mengandungi 114 surah dan 30 juzuk.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Perkataan
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Tapi sayangnya, manusia sekarang HANYA MEMBACA Quran!
Kita seharusnya merenung, mengkaji, meghayati dan menjiwai setiap ayat di dalam Quran.
اشاءالله, ia akan menjadi pembimbing dalam kenidupan kita.


READ AL QURAN.

UNDERSTAND AL QURAN.

LIVE OUR LIVES BY LOOKING THROUGH AL QURAN



Blogger Templates

Blogger Templates

Ramadhan~Preparations?

4 comments
Ramadhan...ku merinduimu!
Ramadhan adalah satu bulan yang dimana Allah telah memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda..(spt mega sale!)
Tapi sudah bersediakah kita untuk merebut peluang yang hanya datang sekali dalam setahun ini? Entah tahun depan kita menemui bulan Ramadhan ini atau tidak...
itupun kalau Allah memberi keizinan untuk kita terus hidup di dunia yang fana ini.
Persediaan? bagaimana ye?

1) persediaan psycological
maksudnya, setkan dalam minda anda kepada perubahan +positive+

2) 'Stay awake' selepas Solat Subuh
Memang kita tidak digalakkan untuk tidur selepas waktu Subuh..
Lagi-lagi kalau kita tidur selepas Subuh pada bulan Ramadhan, badan kita akan terasa lemah sepanjang hari.


3) Berpuasa dgn bersungguh-sungguh
maksud bersungguh-sungguh di sini ialah, kita sedaya upaya untuk menjaga penglihatan, pendenganran,
percakapan dan perbuatan yang tidak elok dan boleh mengurangkan pahala puasa kita...


4) Perbanyakkan bertadarus al-Quran(khatamkan Quran 30 juzuk), berzikir. solat Tahajjud(Qiyamullail).

5) beriktikaf
kita juga digalakkan untuk beriktikaf di dalam masjid. Minimum iktikaf adalah selama 1 hari 1 malam.
Bagi pelajar UIA terutamanya, jom beriktikaf di masjid SHAS, UIA!
Selamat+meriah+suasana Ramadhan yg syahdu+unity in islam over the world dan macam-macamlah...bestnya!

Alhamdulillah, sekadar ini sahaja yang oleh saya kongsikan..
p/s : ~SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL--MUBARAK~ terutamanya kepada mak ayah saya, keluarga, sahabat2 dan yang mengenali diri ini...

Blogger Templates

Blogger Templates

Total Pageviews

top

title bar