Followers

Tanpa Disedari......

Pernah tak anda dipuji oleh sape2 je la..
Sape tak suka kena puji kan!
Suka! Suka! Suka sangat!
mesti gembira kan..
~Tapi ingat~
Pujian itu boleh membuahkan sifat riak tanpa kita sedari dan
semua yang kita miliki adalah milik Allah.
Sebenarnya yang layak dipuji hanyalah Allah yang memiliki segala kesempurnaan.
"Dikala Allah menganugerahkan 1 nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan Alhamdulillah, maka Alhamdulillah yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya"
[Hadis Riwayat Ibn Majah]
Pernah tak anda diarah dan diajuk oleh sape2 je la..
Sape suka kena arah dan ajuk kan!
Benci! Benci! Benci sangat! huhuhu
mesti marah kan
~Tapi ingat~
Rasulullah pernah menerangkan bahawa: " Kemarahan itu dari syaitan, Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwuduk"

Kadang-kadang kita tak sedar:
✿ Orang sengaja memuji untuk menguji
✿ Orang suka mengarah untuk lihat kita marah
✿ Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk
✿ Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati

♥ Jadi,selimutilah diri kita dengan sifat-sifat Mahmudah.
Memang sukar.. tetapi kesannya sangat indah :)



0 comments:

Total Pageviews

top

title bar