Followers

tulus ingatan

0 comments

Salam Lebaran untuk semua muslimin dan muslimat..
Di Syawal yang mulia ini,
ku pohon keampunan,
andai ada sebarang kesilapan,
yang tanpa sedar telah tersinggung,
hati dan perasaan..

Jom, jadikan bulan Syawal ini sebagai titik permulaan untuk mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan antara kita..


Yang jauh rindu-rinduan
Yang dekat kunjung-kunjungan.


Apa PERASAAN anda?

0 comments
بسم الله الر حمن الر حيم

Seperti yang kita tahu, Ramadhan akan meninggalkan kita beberapa hari sahaja lagi.. Harap, dengan kedatangan Ramadhan yang barakah ini, meninggalkan seribu satu kesan yang baik terhadap kita semua, InsyaAllah.
"Wahai orang2 yang beriman! Diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang2 yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Ayat di atas menerangkan hasil orang2 yang berpuasa dan sejauh mana ketakwaannya meningkat daripada pentarbiyahan bulan Ramadhan. Adakah ketakwaan kita meningkat? Seseungguhnya, beruntunglah orang2 yang berjaya mendapatkan hasil yang dijanjikan daripada bulan yang penuh keampunan dan barakah ini...

Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga tergolong orang berjaya,
Ramdhan mulia meninggalkan kita,
Syawal pula datang menyapa.

Perasaan apa yang ada dihati kita, saat Ramdhan pergi meninggalkan kita?
Perasaan apa yang ada dihati kita, saat Syawal datang menyapa kita?
(Tanya sama hati, jawab dengan jujur)
SEDIH kah?
" Bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir
dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka."

"Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya di bulan Ramadhan."

" Ramadhan adalah bulan di mana pahala kebaikan digandakan"

" Lailatulqadar (malam yg lebih baik drp 1000 bln) dan solat Tarawikh hanya terdapat di dalam bulan Ramadhan"

" Doa dimakbulkan. Antra doa2 akan Allah makbulkan adalah orang2 yang berpuasa."


GEMBIRA kah?
" Bulan puasa 1 tahun.. Maksudnya ialah puasa 6 hari di bulan Syawal, pahalanya seumpama berpuasa selama setahun."

" Takbir bergema memuji Yang Maha Esa. Kumandang takbir merupakan ungkapan rasa syukur dan kemenangan ats kejayaan umat islam beribadah sebulan di bulan Ramadhan."

" Silaturahim dieratkan. Yang jauh berkirim salam, yang dekat kunjung-kunjungan! Cinta dan kasih sayang tersemai subur, Alhamdulillah."

"Bulan pembuktian taqwa.. Buktikan keberhasilan dan kejayaan anda dibulan Ramadhan."

"Syawal yang bahagia dan ceria.. Dapat baju raya, kasut raya, tudung raya dan segalanya raya."



~~~~~~~~~ATAU~~~~~~~~~

TIADA PERASAAN kah?
"emmm, no comment! Mungkin ada sebab tersendiri.."



P/S: Apa2 pun, Ramadhan masih berbaki. Gunakan masa ini dengan sebaik-baiknya! Teruskan usaha membura Lailatulqadar di 10 malam terakhir ini. Smoga berjaya (^_^)

JOM, Rebut yang ni!

0 comments
Anak-anak bermain guli,
Bermain guli di siang hari,
Ramadhan datang setahun sekali,
Kalau tak rebut pasti rugi.
JOM!
Sama2 kita memburu satu malam yang dinanti...
Malam LailatulQadar,
Malam yang lebih baik dari seribu bulan..
Setiap amalan digandakan sehingga 70 kali ganda!

Istimewanya malam LailatulQadar sehingga dinyatakan di dalam al-Quran..
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar.
Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ?
Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan.
Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)
MasyaAllah, hebatkan malam yang satu ini.. Carilah malam LailatulQadar ini pada akhir 10 Ramadhan.

Umur umat Nabi Muhammad pendek2 sahaja (tak sampai pun 100 tahun). Kalau nak dibandingkan dengan umat2 Nabi2 yang lain, umur mereka sangat panjang sehinggga beratus-ratus tahun lamanya. Jadi, amalan yang mereka lakukan, tentunya banyak bukan?
Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang terhadap ciptaanNya.
Jadi, Allah telah memberi banyak keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad yang pendek umurnya ini. Salah satu keistemewaannya ialah malam LailatulQadar.
Carilah malam ini kerana, ini adalah salah satu malam di mana amalan kebajikan yang dilakukan akan silipat kali gandakan.
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."


Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?


Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa; Maksudnya:

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."


an interesting video about THE NIGHT OF POWER ; LAILATULQADAR...


kehidupan ini...

0 comments

I’m So Sorry Somalia..

For who gets wealth mania..

& who can’t stop loving this donia..

& who never know about your area..


I’m sorry Somalia, Truly I’m..

For not being able to give a ram..

Or sending the children a jar of jam..

Or even build for you a water dam..


Sorry for not having a lot to pay..

All I can do is going to silently pray ..

To see the children can run & play..

Sorry for having only “Sorry” to say ..

http://teensthoughts.wordpress.com/

"Somalia telah dipukul dengan kemarau dan kebuluran yang teruk pada masa lalu, tetapi disebabkan kekurangan hujan yang sepatutnya dalam tempoh tiga musim yang lalu, ini negara miskin hari ini sedang menghadapi satu daripada kebuluran yang paling teruk dalam sejarah."
di sana,
ada yang mati kebuluran,
ada yang mati kehahusan.
Sebutir nasi itu sangat berharga
Setitik air buat melegakan dahaga

Terkadang, hati ini sebal dan kesal melihat keadaan segelintir masyarakat yang tidak tahu menghargai rezeki yang Allah kurniakan.
Realiti sekarang (bln puasa ni la, dan bln2 yg lain), cuba kita tengok.. di bazar2 Ramadhan, terlampau mewah apabila kita berbelanja. Nak itu lah, ini lah (mana tak nya, selera orang tengah lapar). Penyudahnya, membazir!
Sebabnya, makan terlalu banyak dan tak mampu untuk habiskan kesemua makanan yang telah dibeli.
Kadang2 tu, ada yang sampai terlajak solat maghrib...... naudzubillah


BERSYUKURLAH!
kerana kita memang sepatutnya bersyukur
banyak sekali rezeki yang melimpah-ruah kurniaan Illahi.

Jangan lupa, doakan saudara2 seislam kita yang berada didalam kesusahan dan bantulah mereka semampu yang boleh..

" Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim, sama seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri."
(Hadis Riwayat Bukhari)

jom try ni?

2 comments
696666999999666999999666666966666966666696666666669666696666696
696669999999969999999966669696666966666696666666696966696666696
696666999999999999999666696669666966666696666666966696699999996
696666669999999999996666966666966966666696666669666669696666696
696666666699999999666666999999966966666696666669999999696666696
696666666666999966666666966666966966666696666669666669696666696
696666666666699666666666966666966999999699999969666669696666696

1. highlight ayat di ats
2.CTRL+F
3. TEkan 9

WW#1

0 comments

Don't ever leave me alone
I really need YOU in every breath of my life


p/s: eh, dah tak macam wordless plk.. considered it as a clue only!

Tak sabar nyerrrr!!

2 comments
Salam Ramdhan..

Tengok je gambar jam kat atas, mesti ingat dah nak buka puasa..al-maklumlah, di bulan Ramadhan ni.. ternanti-nanti azan maghrib kan..
bila nak maghrib ni....bila? ... dan bila???

SITUASI yang nak saya habaq mai ni ialah...

1} SITUASI DALAM BULAN RAMADHAN
> sebelum Maghrib lagi dah ada dalam rumah dahh. Yang bagusnya dah siap mandi lagi tu.
> Waktu azan maghrib korang mesti dah hafal lah kann.. Tanya je, mesti tau punya lah.
[Seremban : 7.26 pm] heheheee, info tambahan

2} SITUASI LUAR BULAN RAMADHAN
> hari dah maghrib/ malam pun, tak reti-reti nak balik rumah.. walaupun dah azan maghbir, buat deekkk (ignore) je.. Mak terjerit-jerit pun, buat pekak je, kan!

P/S: Selagi diberi waktu dan kesempatan untuk hidup, buatlah amal banyak2 untuk Hari Akhirat. Jadikan dunia ini, tempat bertambah-tambahnya amal kebajikan kita..InsyaAllah

Total Pageviews

top

title bar