بسم الله الر حمن الر حيم
Seperti yang kita tahu, Ramadhan akan meninggalkan kita beberapa hari sahaja lagi.. Harap, dengan kedatangan Ramadhan yang barakah ini, meninggalkan seribu satu kesan yang baik terhadap kita semua, InsyaAllah.
"Wahai orang2 yang beriman! Diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang2 yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Ayat di atas menerangkan hasil orang2 yang berpuasa dan sejauh mana ketakwaannya meningkat daripada pentarbiyahan bulan Ramadhan. Adakah ketakwaan kita meningkat? Seseungguhnya, beruntunglah orang2 yang berjaya mendapatkan hasil yang dijanjikan daripada bulan yang penuh keampunan dan barakah ini...
Semoga tergolong orang berjaya,
Ramdhan mulia meninggalkan kita,
Syawal pula datang menyapa.
Perasaan apa yang ada dihati kita, saat Ramdhan pergi meninggalkan kita?
Perasaan apa yang ada dihati kita, saat Syawal datang menyapa kita?
(Tanya sama hati, jawab dengan jujur)
SEDIH kah?
" Bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampirdilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka.""Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya di bulan Ramadhan."" Ramadhan adalah bulan di mana pahala kebaikan digandakan"" Lailatulqadar (malam yg lebih baik drp 1000 bln) dan solat Tarawikh hanya terdapat di dalam bulan Ramadhan"" Doa dimakbulkan. Antra doa2 akan Allah makbulkan adalah orang2 yang berpuasa."
GEMBIRA kah?
" Bulan puasa 1 tahun.. Maksudnya ialah puasa 6 hari di bulan Syawal, pahalanya seumpama berpuasa selama setahun."" Takbir bergema memuji Yang Maha Esa. Kumandang takbir merupakan ungkapan rasa syukur dan kemenangan ats kejayaan umat islam beribadah sebulan di bulan Ramadhan."" Silaturahim dieratkan. Yang jauh berkirim salam, yang dekat kunjung-kunjungan! Cinta dan kasih sayang tersemai subur, Alhamdulillah.""Bulan pembuktian taqwa.. Buktikan keberhasilan dan kejayaan anda dibulan Ramadhan.""Syawal yang bahagia dan ceria.. Dapat baju raya, kasut raya, tudung raya dan segalanya raya."
~~~~~~~~~ATAU~~~~~~~~~
TIADA PERASAAN kah?
"emmm, no comment! Mungkin ada sebab tersendiri.."
P/S: Apa2 pun, Ramadhan masih berbaki. Gunakan masa ini dengan sebaik-baiknya! Teruskan usaha membura Lailatulqadar di 10 malam terakhir ini. Smoga berjaya (^_^)
0 comments:
Post a Comment