Followers

Andai 'seseorang' itu datang..

0 comments
ANDAI SEORANG PEREMPUAN ITU DATANG...

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."

"Kau dah seperti abang kandungku."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ANDAI SEORANG LELAKI ITU DATANG..


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...



sumber: iluvislam

Gurau senda!

0 comments
Bergurau senda adalah suatu yang menyerikan kehidupan kita, betul kan!!
Nabi Muhammad SAW pun pernah bergurau..
JOM, baca kisah Nabi SAW bergurau. =D
Diriwayatkan daripada Hasan Basri r.a. bahawa
seorang perempuan tua datang menemui Rasulullah SAW:

orang tua :"Wahai Rasulullah , tolonglah doakan agar Allah memasukkan daku ke dalam syurga."

Rasulullah SAW : "Orang tua tidak boleh masuk syurga."


Orang tua itu lantas berlalu dari situ dan mulalah menangis. Kemudian,


Rasulullah SAW bersabda : " Beritahulah perempuan itu bahawa dia tidak akan masuk syurga dengan umurnya yang telah tua Allah menjadikan semua wanita syurga sebagai anak dara."


Berjenaka dan berkedaan riang gembira dibenarkan dengan syarat ia perlu sesuatu yang benar. Tetapi ,jika jenaka dan bergurau boleh mendatangkan rasa sakit hati atau berlakunya pertelingkahan, maka ia bukanlah jenaka. Bahkan ia merupakan ejekan yang dilarang oleh Allah SWT.

My Life as..

1 comments
...::Alhamdulillah::...
Semester baru telah seminggu bermula..
Semester yang agak mencabar bagiku (Rasanya setiap semester sy rasa mencabar!)
Pastinya, semester baru semangat baru!
Bermulalah kesibukan, ketensionan, assingment, presentation yg hampir setiap minggu, program2 yg best2, dan macam2. Normal lah tu, kehidupan sebagai seorang pelajar. Malah itulah yang membuatkan hidup kita ini lebih bermakna.

Doa Memohon Pertambahan Ilmu

اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ

“ Ya Allah berikanlah keadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.


Suka saya untuk memetik kata-kata seperti ini sebagai motivasi dan peringatan bersama:

"Sesiapa yg tidak sangup menelan kepahitan menuntut ilmu, nescaya dia akan meneguk kejahilan sepanjang hayatnya" [Imam Syafie]
"Carilah ilmu sekalipun ke negeri China, kerana mencari ilmu itu adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim" [HR Baihaki]

P/S : Love to be here; "the garden knowledge and virtue"

Diari Kita

0 comments
Ramai yang gemar menulis diari, untuk mencatat kenangan indah dan pahit dalam kehidupannya. 
Sedar atau tidak, kita semua ada buku diari kita sendiri.
Semuanya dicatat di dalam buku itu, lengkap tanpa ada satu point pun yang tertinggal!  


Every day of your life is a page of your history,
make it worth.


Setiap amalan dan perbuatan kita akan dicatatkan di dalam satu buku yang di mana buku itu akan diserahkan kepada kita, suatu hari nanti iaitu di Hari Pembalasan. Beruntunglah bagi siapa yang menerima buku lembaran hidupnya dengan tangan kanannya. 


Masih ada waktu,
untuk memperbaiki buku kita,
masih ada ruang,
untuk menghiasi buku kita,
Agar kelak menerimanya dengan hati yang tenang.
InsyaAllah..


P/S : Hari ni Jumaat! Jom baca Surah al-Khafi. Mudah-mudahan selamat dunia akhirat.

WANITA, dimata Saidina Umar

0 comments
Pada pandangan Saidina Umar al-Khattab, wanita sebenarnya ada 3 jenis:


PERTAMA:
Wanita yang lemah lembut, iffah (menjaga kesuciannya), muslimah, penyayang dan selalu membantu suami. Jarang kita boleh mendapatkan wanita seperti ini.


KEDUA:
Wanita yang hanya menjadi tempat mengandung anak, tidak lebih daripada itu.


KETIGA:
Wanita yang seperti dibelenggu. Sesungguhnya Allah kalungkan kepada orang yang Dia kehendaki dan mencabutnya jika Dia mengkehendakinya. Tiada apa-apa kelebihan sebagai wanita. 




Jadi, di mana anda? Renung-renungkanlah.. 

Total Pageviews

top

title bar