Bergurau senda adalah suatu yang menyerikan kehidupan kita, betul kan!!
Nabi Muhammad SAW pun pernah bergurau..
JOM, baca kisah Nabi SAW bergurau. =D
Diriwayatkan daripada Hasan Basri r.a. bahawa
seorang perempuan tua datang menemui Rasulullah SAW:
orang tua :"Wahai Rasulullah , tolonglah doakan agar Allah memasukkan daku ke dalam syurga."
Rasulullah SAW : "Orang tua tidak boleh masuk syurga."
Orang tua itu lantas berlalu dari situ dan mulalah menangis. Kemudian,
Rasulullah SAW bersabda : " Beritahulah perempuan itu bahawa dia tidak akan masuk syurga dengan umurnya yang telah tua Allah menjadikan semua wanita syurga sebagai anak dara."
Berjenaka dan berkedaan riang gembira dibenarkan dengan syarat ia perlu sesuatu yang benar. Tetapi ,jika jenaka dan bergurau boleh mendatangkan rasa sakit hati atau berlakunya pertelingkahan, maka ia bukanlah jenaka. Bahkan ia merupakan ejekan yang dilarang oleh Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment