Followers

Akhirkan ia dengan warna pelangi

Saya manusia
Kamu manusia
Maka kita tidak sempurna 
Penglihatan kita limited
Pendengaran kita terbatas
Akal kita tidak mampu melampaui batas
Kerna itu kita berbeza tapi tetap sama

Mungkin kamu nampak hujan, saya nampak cerminan kaca
Mungkin kamu nampak lampu, saya nampak bias cahaya
Mungkin sahaja pandangan kita berbeza
Namun menuju kearah yang sama


Berprogram.
Itu seumpama membina ikatan,
Bila berjanji,
Berusahalah untuk menjayakan perhubungan itu.
Bila ikatan sudah terpatri,
salah faham pasti ada,
maka belajarlah mencari persefahaman.

Di sepanjang perjalanan
saya diajar untuk tidak berkecil hati
Bersangka baik dengan Allah juga pada manusia
Lessons learnt
dan akan terus will be learned inshaAllah =)


Kamu hadiah buat saya daripada Dia
Kamu ujian buat saya daripada Dia
Kamu juga amanah yang saya terima daripada Dia
Ketahuilah kamu penghubung cinta saya dengan Dia
Terima kasih
Mempelangikan hidupku
Sedetik bersama, berabad terasa.

p/s: Selepas ini, pasti saya merindui saat2 berprogram. Sudah terbiasa. Here I come my last program for this semester>SRCC13.


0 comments:

Total Pageviews

top

title bar