Followers

Masih ingat tak lima perkara itu?

0 comments

Sihat sebelum sakit
Time sihat ni la kita kena banyakkan buat kebajikan dan ibadat kepada Allah SWT. Allah dah kurniakan kita kudrat dan nikmat yang banyak sekali kepada kita. Apa salahnya semasa kita masih sihat walafiat ni, bangun bertahajud, perbanyakkan solat sunat (wajib jangan ditinggalkan), merantau untuk mencari ilmu bertaubat kepadaNya dan sebaginya.

Muda sebelum tua
Masa muda lah masa yang paling best sekali, kan! Masa muda lah macam-macam dugaan yang datang.
Orang selalu cakap “dah tua nanti, barulah buat banyak2 kebajikan, masa muda ni kita enjoy la, hidup hanya sekali”.
Cuba kita fikir balik, dah tua nanti larat ke nak buat banyak2 amal kebajikan dan beribadah kepada Allah sebanyak mungkin. Kalu dah tu, mula la sakit pinggang, menggigil-gigil, sesak nafas, tak larat itu, tak larat ini..haish,, macam-macamlah..

Lapang sebelum sempit
Kalau banyak waktu lapang tu, tolonglah jangan melepak tak tentu pasal, berangan-rangan dan mengacau orang. Hidup kita ni ada tujuan. Nanti Allah akan soal setiap perkara yang kita lakukan.. Buatlah amal kebajikan dan ibadah sementara di beri waktu yang lapang itu sebelum anda buzy dgn perkara lain..

Kaya sebelum miskin
Best kan jadi kaya! Bila dah jadi kaya, jangan lupa diri pula. Hidup sebagai seorang yang kaya dan miskin ini adalah ujian Allah. Allah nak uji siapa hambaNya yang bersyukur dengan nikmat yang biberi dan siapa hambaNya yang sabar dengan ujian yang diberi.

Hidup sebelum mati
Sementara Allah masih memberi waktu untuk kita bernafas, buatlah amal ma'ruf nahi mungkar. Mati itu pasti, hidup itu insyaallah. Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya.

Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingati
namaNya sebanyak banyakknya.
(al-Ahzab:41)

Blogger Templates

Blogger Templates

Salam Tahun Baru 1432Hijrah

0 comments
WISH YOU A BLESSED ISLAMIC NEW YEAR
HIJRAH IS A JOURNEY OF OUR IMAN...


Blogger Templates

Blogger Templates

Total Pageviews

top

title bar