Followers

It's really meaningful, indeed

3 comments
Salam'alaiyk =)

Saya suka mengusik
usikan saya terkadang bermaksud
dan kadang kala gurauan
but most of the time is gurauan
untuk buat kamu gembira
dan itu juga penyebab kenapa saya gembira
"Saling memberi hadiahlah antara kalian, nescaya kalian akan saling mencintai." -HR. al-Bukhari




(tak semua gambar dapat saya upload)

Walaupun nilaiannya tidak seberapa
Bergaris-garis senyuman mampu ku ukir
bibit ukhuwah itu semakin erat ku rasa
bukan nilaian jadi ukuran
tapi keikhlasan hati itu yang kulihat
it's really meaningful, indeed
How I really appreciated it
Kalau saya suka
saya simpan
saya jaga baik-baik

Jazakallah dan Jazakillah untuk kalian wahai sahabatku. 
Moga terus dimurahkan rezeki olehNya.
Khair dalam jagaan kasih sayangNya


Akhirkan ia dengan warna pelangi

0 comments
Saya manusia
Kamu manusia
Maka kita tidak sempurna 
Penglihatan kita limited
Pendengaran kita terbatas
Akal kita tidak mampu melampaui batas
Kerna itu kita berbeza tapi tetap sama

Mungkin kamu nampak hujan, saya nampak cerminan kaca
Mungkin kamu nampak lampu, saya nampak bias cahaya
Mungkin sahaja pandangan kita berbeza
Namun menuju kearah yang sama


Berprogram.
Itu seumpama membina ikatan,
Bila berjanji,
Berusahalah untuk menjayakan perhubungan itu.
Bila ikatan sudah terpatri,
salah faham pasti ada,
maka belajarlah mencari persefahaman.

Di sepanjang perjalanan
saya diajar untuk tidak berkecil hati
Bersangka baik dengan Allah juga pada manusia
Lessons learnt
dan akan terus will be learned inshaAllah =)


Kamu hadiah buat saya daripada Dia
Kamu ujian buat saya daripada Dia
Kamu juga amanah yang saya terima daripada Dia
Ketahuilah kamu penghubung cinta saya dengan Dia
Terima kasih
Mempelangikan hidupku
Sedetik bersama, berabad terasa.

p/s: Selepas ini, pasti saya merindui saat2 berprogram. Sudah terbiasa. Here I come my last program for this semester>SRCC13.


Bukan Sekatan tapi Panduan

0 comments

Indah jika cara Islam 
diaplikasi sepenuhnya di dalam kehidupan seharian


Hidup itu indah
jika kita tahu menghargainya.

Syariat yang Allah tetapkan
Janganlah rasa ia hukuman
Tetapi sebagai panduan
Agar selamat di landasan.

Ihfadzillah Yahfazka
Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu


senang kan? Jom praktis ^__^
Moga Allah reda



kita mampu merubahnya

0 comments

"Oh, saya ni bukan alim sangat pun.
jangan lah anggap saya ni ustaz,
kadang2 saya buat jgk benda2 xelok ni.
saya bukan nabi yang maksum
Bukan2.." 

Yup, I know that you are not an angle and not maksum
but the most important thing is that you are trying your best to be the best in the eye of Allah.
Usaha lah untuk ke arah itu. Bukan nya terus berserah yang aku ni memang macam ni. Macam satu kebanggaan pula dia cakap begitu. 
-truestoryyangberlakutadidanmembuatkansayarasamarahsedikidenganstatementyangdiabuat-

"Sesungguhnya Allah tidak merubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."                  [Ar-Ra'd:11] 

         

izinkan cintaMU mekar

0 comments

"ternyata ku perlukan cinta
 Dari dirimu sayang
 Barulah terasa ku bernyawa"
~sedetiklebihanuarzain~

 
Bila sendiri,
Bila berdikari,
Barulah terasa manisnya mencintai Allah.
Sebab kebergantungan kita kepada Allah lebih tinggi berbanding manusia.


Di rekodkan oleh Muslim, Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad bersabda:
  • Aku (Allah) adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba terhadapku.
  • Aku bersamanya ketika dia mengingati diriku.
  • Apabila dia mengingati diriku di dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriku.
  • Apabila dia mengingatiku dalam suatu kaum, nescaya aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.
  • Apabila dia mendekatiku dalam jarak sejengkal, aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.
  • Apabila dia mendekatiku sehasta, aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.
  • Apabila dia datang kepadaku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.

Ketahuilah bahawa kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Izinkan cintaMU mekar! setiap detik, setiap hela nafas hidupku...



Bila diajukan soalan, bagaimana perasaan nak grad?

0 comments

Bila diajukan soalan, bagaimana perasaan nak grad?

Aku termenung,
melirik pendangan ke luar jendela Evoke
Sedih, gembira, risau, bahagia
Segalanya bercampur di dalam jiwa

Aku bahagia di sini
Terima kasih ya Allah
Ya, aku akui
Mengapa aku di sini, dan tidak di sana
Ya, aku akui
Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya

Suasana di sini mahal
Terlalu mahal
Yang pasti,
setiap saat di sini pasti aku rindu

Di sini aku memahami erti sebuah kehidupan
Mengambil ibrah pengalaman guru terbaik
Di sini juga aku bertemu insan bernama teman dan sahabat
Terima kasih…
Terima kasih kerana mempelangikan hidupku

Pengisian masa dengan kelas-kelas agama
Meriah dengan talk, intellectual discourse dan forum
Diselangi dengan society juga program
Diskusi, meeting, bulatan gembira
Sibuk?
Sibuk itu indah bagiku di sini
Nak seribu daya
Tak seribu dalih

Tiga tahun setengah
Terlalu sekejap bagiku
Mengapa?
Indah mungkin

Hidup itu indah, jika kita tahu menghargainya
Bahagia…  jika jalanNya yang kita pilih
Untuk sebuah kehidupan yang berharga buatku
Pilihan di tangan sendiri
Kita yang mencorakkannya
Masa-masa sebegini
Berlalu hanya sekali
Pahit manis lumrah kehidupan
Jatuh bangkit teruskan perjalanan

Lukislah ia secantik-cantiknya
Biar kenangan terindah sahaja yang kita cipta
Kenangan yang mampu melirikan senyuman 
Tika ia diimbau kembali

Setiap kenangan
Akan ku abadikan dalam jiwa ini
Tak mungkin pudar di mindaku
Segala  sesuatu dengan izinNya
Alhamdulillah ‘ala kulli hal Ya Allah

-oh my final sem, here I come-

Total Pageviews

top

title bar