Followers

Showing posts with label renungan bersama. Show all posts
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts

Bahagia itu pilihan

0 comments
Bahagia.
mungkin sukar untuk diungkapkan
mungkin satu perkara yang sukar digapai?
meniti detik bahagia itu
satu anugerah istimewa
dari Pencipta untuk hambaNya
jadi. syukur itu perlu

andai bahagia tidak menerpa
perlu sedih. mengapa?
Mgkin sahaja silap kita
satu nasihat saya terima;

"untuk kurangkan pressure, kita kena luaskan area. Jadi, lapangkan dada, inshaAllah pressure kurang walaupun banyak force yang menimpa."




Bahagia yang hakiki
hanya ada si syurgawi
berusahalah selagi masa diberi
itu pada pilihan sendiri

Ya Allah,
izinkan saya merasai hakikatnya bahagia =)

"Bahagia itu ada di dalam diri, kesannya zahir, rupanya maknawi, terpendam bagi permata di dasar hati"

kita mampu merubahnya

0 comments

"Oh, saya ni bukan alim sangat pun.
jangan lah anggap saya ni ustaz,
kadang2 saya buat jgk benda2 xelok ni.
saya bukan nabi yang maksum
Bukan2.." 

Yup, I know that you are not an angle and not maksum
but the most important thing is that you are trying your best to be the best in the eye of Allah.
Usaha lah untuk ke arah itu. Bukan nya terus berserah yang aku ni memang macam ni. Macam satu kebanggaan pula dia cakap begitu. 
-truestoryyangberlakutadidanmembuatkansayarasamarahsedikidenganstatementyangdiabuat-

"Sesungguhnya Allah tidak merubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."                  [Ar-Ra'd:11] 

         

izinkan cintaMU mekar

0 comments

"ternyata ku perlukan cinta
 Dari dirimu sayang
 Barulah terasa ku bernyawa"
~sedetiklebihanuarzain~

 
Bila sendiri,
Bila berdikari,
Barulah terasa manisnya mencintai Allah.
Sebab kebergantungan kita kepada Allah lebih tinggi berbanding manusia.


Di rekodkan oleh Muslim, Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad bersabda:
  • Aku (Allah) adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba terhadapku.
  • Aku bersamanya ketika dia mengingati diriku.
  • Apabila dia mengingati diriku di dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriku.
  • Apabila dia mengingatiku dalam suatu kaum, nescaya aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.
  • Apabila dia mendekatiku dalam jarak sejengkal, aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.
  • Apabila dia mendekatiku sehasta, aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.
  • Apabila dia datang kepadaku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.

Ketahuilah bahawa kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Izinkan cintaMU mekar! setiap detik, setiap hela nafas hidupku...



Sepi itu indah

0 comments


SEPI
Di saat itu
Bila bersendirian
Kita sedar
Kita hanya ada Tuhan

Adakalanya
Sepi itu indah
Kerna ku sedar
Dia sentiasa ada untukku

Terkadang
Bergaul dengan manusia
Ada yang berkecil hati
Ada pula yang tidak puas hati

Sepi itu indah
Jika kita menghayatinya
Ada titik ketenangan
Yang sukar ditemui
Dikala kesesakan hidup
menyelubungi diri
derita dihati
hanya terubat
dengan mendekati pencipta bahagia

Di waktu itu
Hanya aku dan Tuhanku
Tempat meluah, mengadu
Segala perih kehidupan

Saat itu
Tanpa disedari
Mengalir air mata
Ku sedar hanya
Engkau sahaja yang memahami

Sepi itu
Menyedarkan aku
terkadang timbul keinsafan
dijiwa ini yang turun naik imannya
ku tahu besarnya pengampunanMu
Ampuni aku yang sering berdosa

Perjuangan yg belum tamat

0 comments

Wahai diri,
Perjuangan ini masih belum tamat…



Semalam, aku terima message.
Aku buka.
Innalillah… Perginya seorang lagi pakcikku menemui Sang Pencipta
Tamat sudah perjuangan di alam fana
Selamat berlayar ke kehidupan yang kekal abadi.
Doaku, moga tenang dan bahagia di sana
Ameen

Aku termenung seketika…
Kemana arah tuju hidupku
Kalau tidak hanya kerana Allah
“Sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah.”
Bisikan lancar dibibir ketika menghadapMu
Sedar atau tidak,
terlalu dalam ertinya
Bagi orang yang benar-benar menghayati setiap bait-bait kata itu
Bila cinta ada di dalam jiwa
Segala yang di rasa hanyalah Dia

Terkadang
Diri ini
Lena dengan hal duniawi
Wahai Tuhan,
tuntunlah diriku ini
terangilah hidupku dengan sinarMu
KeampunanMu yang kudamba
KeredaanMu yang kucari
Kasih sayangMu yang kutagih
PemeliharaanMu yang keharapkan


p/s:doakan sy yg dlm fatrah final exam ^__^

Pray for Gaza

2 comments
Seorang kanak-kanak perempuan terkedu melihat bapanya yang syahid dalam serangan Israel laknatullah keatas Gaza.

Bersabarlah puteriku dengan kesakitan di dunia. Sesungguhnya ganjaran ALLAH SWT di syurga kelak sedang menantimu dan ayahmu.

Sumber: Aqsa Syarif.
 

Doakan saudara2 seislam kita di sana..

DIA pengharapanku

0 comments
Sahabat, selamat berkasih sayang kerana illahi..

selama ini
ku mencari
teman sejati
buat menemani
perjuangan suci

~sahabat2 saya tak tertakluk hanya pada gambar ini sahaja~

Bersyukur kini
padaMu illahi
teman yang dicari 
selama ini
telah ku temui


Ya Allah, alhamdulillah 'ala kulli hal
terima kasih ya Allah, memberiku sahabat-sahabat yang dapat mendekatkan diriku padaMu..

Wahai sahabat,
andai aku lupa
ingatkan aku

Wahai sahabat,
andai aku jatuh
bangkitkan aku

Wahai sahabat,
andai aku silap
nasihati aku

kerana aku ingin sekali jadi yang terbaik dimataMu
banyak lagi kekurangan pada diri ini
perlu diperbaiki

masih kurang tarbiyyah hati
masih kurang pertahanan jiwa
masih kurang bersedia
masih kurang rohaniah
masih kurang akhlak islamiah
masih kurang segala-segalanya
memang manusia diciptakan serba kekurangan

aku malu
malu padaMu illahi
menyatakan cinta hanya dibibir..

ingin sekali melamar cintaNya
damai KasihNya
pesona CintaNya
pasti maharnya bukan sebarangan

Rasulullah saw bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang, sehingga Allah dan Rasul lebih ia kasihi daripada ibu bapa dan anaknya."

“Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai dari air sejuk bagi orang yang kehausan.”   

~yaAllahjadikancintaMumelebihisegalanyabagiku~
akusedangberusahayaAllah
bantuakuyaAllah



10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

0 comments
‎10 Pesanan untuk jadi individu dan umat yang hebat lagi berjaya :


(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Petikan : 10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

PEMIKIRAN ANAK-ANAK MUDA

1 comments
MEMBENTUK PEMIKIRAN ANAK-ANAK MUDA:

Bagaimana anda berfikir??
Insan berfikiran tinggi, gemar berkata tentang ilmu...
Insan berfikiran sederhana, gemar berkata tentang peristiwa...
Insan berfikiran rendah, gemar berkata tentang insan lain...

Ilmulah yang akan membentuk pemikiran kita.
"Siapa yang nak kan dunia, dia mesti ada ilmu. Apatah lagi kalau nak kan akhirat, ilmu lagi-lagilah penting. Begitu jugalah kalau nakkan dua-duanya sekali, pun mesti ada ilmu." ♥~♥Tholabul’ilmi is never ending! ^_^
Jom, lihat tokoh-tokh Islam terdahulu, agar menjadi motivasi kepada kita anak-anak muda.

Ahmad bin Hambal
Berjalan sejauh 30 000 batu untuk mencari hadis dan menghafal sejuta atsar dan mewariskan 40 000 hadis dalam musnad.

Jabir Bin Abdullah
Sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari satu hadis.

Ibn Musayyid
Pergi ke suatu tempat selama tiga hari untuk mencari jawapan kepada suatu permasalahan.

Imam al-Ghazali
Telah menghafal al-Quran pada usia enam (6) tahun dan menjadi ulama besar yang mengajar ulama seluruh negara pada usia sembilan (9) tahun.

Ibn Sina
Menulis kitabnya dalam satu hari 25 halaman.

Ibn Taimiyyah
Dapat mengarang 30 jilid kitab Majmu' Fatawa di dalam penjara.


Tidak Mahukah Kamu Menjadi Seperti Mereka di Atas Wahai Anak Muda? Walaupun Tidak Sehebat Mereka, Sekurang-Kurangnya Berusahalah Ke Arah Itu.

imtihan^_^

0 comments
Examination week sudah tiba!!!...

Struggle untuk dpt keputusan yang cemerlang, itu sudah semestinya..
Persiapan....tak payah cakap la, mmg perfect punya la...
Itu baru exam kat universiti je..

Ada exam yang lebih besar daripada exam kat universiti ni..
EXAM di padang mahsyar nanti..

Bersediakah kita?
Persiapan kita bagaimana?
Adakah setanding dengan exam di dunia?

p/s: Bitaufiq wanajah fil imtihan! ^_^

1433H

1 comments
Do you really want to have a Happy New Hijri Year?
Then do as 'Umar (rA) told us: "Account yourselves now before you are held to account."



YES!!

0 comments

Yes to your beautiful smile that sends a message of warmth & friendliness to others

Yes to your kind words that establish friendship as permitted in Islam and dispel rancor

Yes to acceptable charity that brings happiness to the poor and feeds the hungry

Yes to sitting with the Quran, reciting it, pondering its meanings and acting upon them, and repenting and seeking forgiveness

Yes to remembering Allah a great deal and praying for forgiveness, persisting in du'a and offering sincere repentance

Yes to raising your children in Islam, teaching them the Sunnah and guiding them to that which will benefit them

Yes to modesty and hijab as enjoined by Allah, which is the means of self-protection

Yes to the friendship of good women who fear Allah, love Islam and respect high values

Yes to honoring one's parents, upholding the ties of kind-ship, honoring one's neighbours and caring for orphans

Yes to reading useful, interesting and beneficial books

source: The book of "you can be the happiest woman in the world; a treasure chest of remainders"

Andai 'seseorang' itu datang..

0 comments
ANDAI SEORANG PEREMPUAN ITU DATANG...

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."

"Kau dah seperti abang kandungku."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ANDAI SEORANG LELAKI ITU DATANG..


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...



sumber: iluvislam

Total Pageviews

top

title bar