Followers

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Dia yang dinanti

0 comments
Alhamdulillah..
Allah telah meleraikan doa-doa kita semua.
Allahumma balighna Ramadhan.. Ya Allah, sampaikan kami pada bulan Ramadhan =)



Ramadhan kali ini,
aku tidak lagi di uia.
Rindu bertapak...
Hmm, tapi memang saya mahu ke uia. InshaAllah.
Rasa nak ke sana memanggil2..
Lagi2 ada sahabat yang memanggil2 aku untuk ke sana.
Banyak ingin di kisahkan dan ingin ku kisahkan
Ingin bertemu, kenangan silam masih bertaut.

Tapi, di mana pun kita berada untuk Ramadhan menjelma,
Aku tetap bahagia.
Bahagia dengan kedatangan tetamu yang dirindu.

Moga kita menjadi orang2 yang beruntung, tambahan di bulan Ramadhan ini.

JOM, Rebut yang ni!

0 comments
Anak-anak bermain guli,
Bermain guli di siang hari,
Ramadhan datang setahun sekali,
Kalau tak rebut pasti rugi.
JOM!
Sama2 kita memburu satu malam yang dinanti...
Malam LailatulQadar,
Malam yang lebih baik dari seribu bulan..
Setiap amalan digandakan sehingga 70 kali ganda!

Istimewanya malam LailatulQadar sehingga dinyatakan di dalam al-Quran..
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar.
Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ?
Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan.
Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)
MasyaAllah, hebatkan malam yang satu ini.. Carilah malam LailatulQadar ini pada akhir 10 Ramadhan.

Umur umat Nabi Muhammad pendek2 sahaja (tak sampai pun 100 tahun). Kalau nak dibandingkan dengan umat2 Nabi2 yang lain, umur mereka sangat panjang sehinggga beratus-ratus tahun lamanya. Jadi, amalan yang mereka lakukan, tentunya banyak bukan?
Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang terhadap ciptaanNya.
Jadi, Allah telah memberi banyak keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad yang pendek umurnya ini. Salah satu keistemewaannya ialah malam LailatulQadar.
Carilah malam ini kerana, ini adalah salah satu malam di mana amalan kebajikan yang dilakukan akan silipat kali gandakan.
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."


Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?


Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa; Maksudnya:

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."


an interesting video about THE NIGHT OF POWER ; LAILATULQADAR...


Tak sabar nyerrrr!!

2 comments
Salam Ramdhan..

Tengok je gambar jam kat atas, mesti ingat dah nak buka puasa..al-maklumlah, di bulan Ramadhan ni.. ternanti-nanti azan maghrib kan..
bila nak maghrib ni....bila? ... dan bila???

SITUASI yang nak saya habaq mai ni ialah...

1} SITUASI DALAM BULAN RAMADHAN
> sebelum Maghrib lagi dah ada dalam rumah dahh. Yang bagusnya dah siap mandi lagi tu.
> Waktu azan maghrib korang mesti dah hafal lah kann.. Tanya je, mesti tau punya lah.
[Seremban : 7.26 pm] heheheee, info tambahan

2} SITUASI LUAR BULAN RAMADHAN
> hari dah maghrib/ malam pun, tak reti-reti nak balik rumah.. walaupun dah azan maghbir, buat deekkk (ignore) je.. Mak terjerit-jerit pun, buat pekak je, kan!

P/S: Selagi diberi waktu dan kesempatan untuk hidup, buatlah amal banyak2 untuk Hari Akhirat. Jadikan dunia ini, tempat bertambah-tambahnya amal kebajikan kita..InsyaAllah

today's SOKsek SOKsek

2 comments
WISHING : Happy Ramadhan to my family members, friends, muslimin and muslimat in this world! Do your best for this Ramadhan because you would not know whether this is your last Ramdhan?

remember, it's called FASTING. not FEASTING!

MOOD : excited by the arrival of Ramadhan, can't be explained by the words.


Cak! yeay! Dia datang ...

0 comments

Cak!! (macam main sorok2 pulak)
Ahlan wa sahlan wa marhaban ya Ramadhan
Ramadhan dah tiba! Seronoknya... KOrang seronok tak? kenapa seronok?

"Uish, mano tak seronok nyo! Jualan eden memang laku bulan puaso ni. Memang untung berlipat kali gando."

"meshtilah adik suka bulan phuase.. nanti boleh main merechun [kebabooom] , pastuh kan, boleh main bunga api."

"Akak bukannya pa, seronok bulan puasa nih, akak nok turunkan berat badan. Laki akak dah bising tuh, dok suruh kuruihkan sikik badan ni. Memang mujarab la!"

"jin, setan, hantu Kak Limah, sumenya kena rantai..hahahaaa, puas ati aku! Kalau ada hantu ats pokok, ha! memang sah tu orang nak kenakan aku...hahaha"

OK, OK sudah2...LET'S GET INTO SERIOUS.

Kita sebagai seorang Muslim patut begembira dengan kedatangan Ramadhan dan merebut keistimewaan yang Allah kurniakan hanya kepada umat Nabi Muhammad SAW yg usianya pendek jika dibandingkan dengan umat2 sebelumnya. Sebab musababnya ialah
✿ bulan keampunan
✿ bulan yg bnyk diturunkan rahmat
✿ bulan yg dilipatgandakan pahala dan ganjaran
✿ bulan di mana terdapatnya malam Lailatulqadar
[malam yg lebih baik dari 1000bulan=83tahun3bulan]
✿ ada solat tarawikh

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Jibril mendatangiku seraya berkata: Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan, namun tidak mendapat keampunan, kemudian mati, maka dia masuk neraka serta dijauhkan Allah (dari rahmatNya)."

Allahumma balighna Ramadhan, wa bariklana fih..
Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan dan kurniakanlah kami keberkatan padanya...
Lastly, enjoy this video from AimanAzlan & AnuarHadi
[our Malaysian Vlogger]

Total Pageviews

top

title bar