Followers

Jangan ambil ringan tentang AURAT mu...


Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka.

Aku belum pernah melihat mereka iaitu

1) golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang

digunakan untuk memukul orang dan

2) golongan yang terdiri daripada para wanita yang

~ berpakaian tetapi telanjang

menampakkan dada, jarang, ketat

~ berlenggang-lenggok ketika berjalan yg menarik perhatian org ketika melihat mereka.

~ Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget.

mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya.

Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971).

Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.

Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya,

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)





Blogger Templates

Blogger Templates

0 comments:

Total Pageviews

top

title bar