Followers

Jangan bersedih sahabatku..

Wahai sahabat..
usahlah dikau bersedih,
kerana segala perasaan itu adalah ujian daripada Allah.

Tatkala kesedihan itu menyapa diri,
renungilah ayat2 cinta ini,
sebagai penenang, penyejuk di hati.

'Dan janganlah kamu merasa lemah
dan jangan pula kamu bersedih hati,
kerana sesungguhnya,
kamulah yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman."
-(Ali Imran:159)

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rasa sedih dan gelisah.
Aku berlindung kepadaMu daripada rasa lemah dan malas.
Aku juga berlindung kepadaMu daripada sikap pengecut dan bakhil serta daripada cengkaman hutang dan penindasan orang."

Allah sentiasa bersama kita. Semoga kita tergolong dari golongan yang sentiasa bersabar dan bersyukur.

0 comments:

Total Pageviews

top

title bar