Followers

JOM, Rebut yang ni!

Anak-anak bermain guli,
Bermain guli di siang hari,
Ramadhan datang setahun sekali,
Kalau tak rebut pasti rugi.
JOM!
Sama2 kita memburu satu malam yang dinanti...
Malam LailatulQadar,
Malam yang lebih baik dari seribu bulan..
Setiap amalan digandakan sehingga 70 kali ganda!

Istimewanya malam LailatulQadar sehingga dinyatakan di dalam al-Quran..
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar.
Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ?
Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan.
Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)
MasyaAllah, hebatkan malam yang satu ini.. Carilah malam LailatulQadar ini pada akhir 10 Ramadhan.

Umur umat Nabi Muhammad pendek2 sahaja (tak sampai pun 100 tahun). Kalau nak dibandingkan dengan umat2 Nabi2 yang lain, umur mereka sangat panjang sehinggga beratus-ratus tahun lamanya. Jadi, amalan yang mereka lakukan, tentunya banyak bukan?
Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang terhadap ciptaanNya.
Jadi, Allah telah memberi banyak keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad yang pendek umurnya ini. Salah satu keistemewaannya ialah malam LailatulQadar.
Carilah malam ini kerana, ini adalah salah satu malam di mana amalan kebajikan yang dilakukan akan silipat kali gandakan.
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."


Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?


Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa; Maksudnya:

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."


an interesting video about THE NIGHT OF POWER ; LAILATULQADAR...


0 comments:

Total Pageviews

top

title bar