Followers

PEMIKIRAN ANAK-ANAK MUDA

MEMBENTUK PEMIKIRAN ANAK-ANAK MUDA:

Bagaimana anda berfikir??
Insan berfikiran tinggi, gemar berkata tentang ilmu...
Insan berfikiran sederhana, gemar berkata tentang peristiwa...
Insan berfikiran rendah, gemar berkata tentang insan lain...

Ilmulah yang akan membentuk pemikiran kita.
"Siapa yang nak kan dunia, dia mesti ada ilmu. Apatah lagi kalau nak kan akhirat, ilmu lagi-lagilah penting. Begitu jugalah kalau nakkan dua-duanya sekali, pun mesti ada ilmu." ♥~♥Tholabul’ilmi is never ending! ^_^
Jom, lihat tokoh-tokh Islam terdahulu, agar menjadi motivasi kepada kita anak-anak muda.

Ahmad bin Hambal
Berjalan sejauh 30 000 batu untuk mencari hadis dan menghafal sejuta atsar dan mewariskan 40 000 hadis dalam musnad.

Jabir Bin Abdullah
Sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari satu hadis.

Ibn Musayyid
Pergi ke suatu tempat selama tiga hari untuk mencari jawapan kepada suatu permasalahan.

Imam al-Ghazali
Telah menghafal al-Quran pada usia enam (6) tahun dan menjadi ulama besar yang mengajar ulama seluruh negara pada usia sembilan (9) tahun.

Ibn Sina
Menulis kitabnya dalam satu hari 25 halaman.

Ibn Taimiyyah
Dapat mengarang 30 jilid kitab Majmu' Fatawa di dalam penjara.


Tidak Mahukah Kamu Menjadi Seperti Mereka di Atas Wahai Anak Muda? Walaupun Tidak Sehebat Mereka, Sekurang-Kurangnya Berusahalah Ke Arah Itu.

1 comments:

Muro'i El-Barezy said...

Renungan yang sangat berharga buat kita...mungkin kita tidak sehebat mereka, tapi paling tidak, kita berusaha seperti mereka....:)

Total Pageviews

top

title bar