Followers

Sabarlah wahai hati

Ku lahir di atas dunia dengan izinMU
lahirku saat Rasul dan sahabat telah tiada
para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku
zaman ku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa
aku terbit di tengah masyarakat Islam
namun islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka
namun aku bersyukur kerna masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula
aku kuatkan azam untuk menyertai mereka
cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini
generasi seusiaku yang sakit
lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu
sibuk dengan cinta yang penuh noda
aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna
namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna
kerna tiada manusia yang terlepas dari dosa
dan tugasku adalah berusaha
gagal jatuh, tak diterima itu perkara biasa
aku terus berdoa agar ditetapkan hati
bukan nilaian harta yang aku cari
bukan juga kerana nama ingin dikenali sebagai insan yang baik dan mulia
cukuplah redhaMU sebagai harga
bantulah hambaMU ini
sedarkanlah semula generasiku ya RABB
bangunkanlah semula ummat ini
aku yakin islam pasti kembali dan aku tak akan berhenti

Total Pageviews

top

title bar